Friday, November 2, 2018

Suara Rindu

Sunyi dinihari aku sendiri meratap
Menahan perih mata dari menghemburkan segala rasa

Rindu....
Rindu yang tak mampu aku ungkap
Rindu yang tak mampu aku singkap
Rindu yang tak mampu aku hadap...

Rindu sungguh aku rindu..
Rindu yang tidak bertepi
Rindu pada bayangan yang tiada lagi
Hanya pada kenangan yang kukuh dalam lipatan memori



Sunday, May 22, 2016

Maafkan Aku

Maafkan andai aku tak sempurna,
Maafkan andai aku membuat kau merana,
Maafkan kerna aku tidak dapat memenuhi segala,
Maafkan kerna aku punca segalanya...

Maafkan kerna aku hilang rasa percaya,
Maafkan kerna aku hilang rasa cinta,
Maafkan kerna aku pendamkan segala,
Maafkan kerna ia menjadi racun dalam hidupku yang hilang punca...

Maafkan kerna hatiku hancur menjadi debu,
Maafkan kerna keretakkan jiwaku,
Maafkan kerna aku tidak mampu,
Maafkan kerna aku hilang arah dituju..

Wednesday, October 21, 2015

Tanpa Kau Sedar

Tanpa sedar ada hati yang kau lukai Tanpa sedar ada hati yang sedang menangis Dalam sedar kau biarkan ianya terus-terusan membelit Hingga menjadi racun yang cukup berbisa membunuh segenap rasa Tidak sekali kau cuba fahami Tidak sekali kau cuba memujuk Malah kau curahkan lagi lahar Hingga kasih kian luruh Tidak pernah kau cuba mengerti Malah kau tolak bagai tiada erti Bila ia pasrah berlalu pergi Kau tahan dengan seribu janji Ia tunduk kerna kasih Ia patuh kerna sayang

Thursday, July 31, 2014

Manusia dan Dunia....

Manusia depan kita segalanya manis indah tak terkata.. Di belakang segala kecaman,hinaan pelbagai andaian di reka cerita.. Kadang-kadang naik rimas aku menahan telinga,butakan mata.. Terlalu banyak kepuraan demi kehebatan dunia.. Manusia bila diperlukan cakapnya lembut gigi dari lidah.. Lentok manjanya mengalahkan kucing parsi berhidung penyek.. Tapi niat hatinya NAUZUBILLAH,hanya semata-mata untuk kepuasan Kepentingan diri sendiri... Aku tak minta di megah-megah.. Cukup sekadar hormati aku sebagai manusia yang punyai hati.. Aku diam bukan bermakna aku kalah... Sebab aku percaya masih ada YANG MEMERHATI.... Ya ALLAH.. Jauhilah aku dari sifat riak,busuk hati juga hasad dengki.. Sifat mempergunakan juga sifat menjatuhkan.. Tetapkanlah hatiku walaupun sakit.. Berikanlah aku seribu satu kekuatan...

Monday, March 24, 2014

Tetap Dalam Ingatan #MH370

Pergimu menjadi misteri Pergimu menimbulkan pelbagai spekulasi Pergimu merobek sejuta hati Namun doa tidak pernah henti Tetap mengharap kau kembali... Hentikan setiap kata hinaan Hentikan kata-kata menyakitkan Teruskan berdoa pada Tuhan Agar segera di temukan jalan Menjawap setiap satu persoalan... Dalam menitip setiap bait-bait kata Menitis titik-titik mutiara mata Pujuk hati agar terima segala ketentuanNYA Terima ini adalah kemahuanNYA Moga terima dengan penuh redha... Ya ALLAH Ya tuhanku Tabahkan lah hati mereka Terima dugaan kecil MU dengan hati terbuka Salurkan kekuatan itu Dengan doa yang tidak putus-putus.... Hari ini mutiara jernih menitik lagi Walau hanya dalam hati tersembunyi rapi Perginya dikau jauh di samudera dalam Bergelora berombak garang Mewakili tiap hati yang menantimu pulang... Tiap yang hidup pasti temui mati Tiap yang pergi belum tentu kembali Hanya titipan doa yang mampu ku beri Agar mereka tenang bersemadi Dari DIA kita datang dan Pada DIA kita kembali.... Pada keluarga sahabat handai insan-insan yang di kasihi Tabahkan hati kuatkan diri Agar mereka tenang tidak bersedih hati..... P/s : Salam takziah buat keluarga(Krew dan Penumpang)#MH370,smoga tabah menerima berita sedih ini.hanya mampu berkongsi kesedihan dan doa yang mampu aku titipkan..Amin...Al-Fatihah #MH370 tetap dalam ingatan

Monday, December 24, 2012

Terluka Lagi....

Hari berganti hari.... dari rindu menjadi celaru... diamnya aku bukan bermakna aku kehilangan kata-kata cuma keadaan yang amat berbeza... Hati yang dulu cukup tabah menerima segala cabaran dengan keterbukaan... harapan tinggal harapan dan kini ianya kesepian... Wahai kekuatan.... hadirlah untuk diriku... peluk la aku berikan ku kekuatan itu... aku terlalu lemah dengan hati yang terluka ini... Cukup sudah aku tangisi.... bangkitlah semula wahai hati... buktikan bahawa kau tidak lemah dan masih mampu berlari

Sunday, December 23, 2012

Menyayangi Kamu.....Merawat Luka ku...

Setiap kali aku imbas kembali
Segala kenangan indah menjadi pengubat jiwa nan resah
Tiada mampu melawan setiap gundah...

Hadirmu dalam hidupku menjadi penguat Dalam perjalanan ku yang dulunya muram
Kembali berwarna ceria bertapa indah pabila bersama...

Takdir bukan milik kita
Akhirnya berpisah jua
Namun hati tak pernah berubah
Kerana itu lah ku sedia melangkah...

Kasih ku lahir dari hati tiada lakonan Tiada paksaan hadir dengan sepenuh rasa kasih membenih rasa sayang... Biarpun kini kau bukan milik ku lagi
Aku terima perpisahan kerna ia telah di takdirkan

Tak guna aku menghalang tak guna aku menahan
Kerna kasih mu berubah ku terima dengan seribu kelukaan

Perpisahan mengajarku mengenali Bertapa pentingnya ketahui darjat diri
Kau pandang aku begitu kerdil sekali Kasih sayang ku tiada erti nya lagi....