Saturday, November 27, 2010

Adakah Semua Silap Ku...

Kekurangan yang tidak dapat aku penuhi...adakah silap ku?
Kekecewaan yang menyakitkan...adakah silap ku?
Jalan mana yang harus ku pilih lagi?

Aku terlalu buntu untuk memikirkan sesuatu di luar kemampuan ku...
Segalanya begitu menekan sehingga aku sendiri tidak dapat menentukan haluan..
Di luah membuatkan aku tertekan....di simpan aku terpaksa menahan kesakitan...
Kedua-duanya adalah jalan buntu yang tiada kesudahan...

Adakah semua silap ku???

Monday, June 21, 2010

Dear Diary..(part 2)

Dear Diary,

Kesekelian kalinya aku menyuarakan isi hati pada mu..
untuk meluahkan setiap yang terjadi dalam perjalanan hidup ku..
betapa pahit,perit dan tersiksa nya aku..dengan menyimpan setiap kisah duka yang tersimpan kemas di sudut sanubari..

Dear Diary,

Hati ini cukup pedih pabila insan yang aku sayangi membuang diriku jauh tanpa rasa belas simpati..
apakah salah ku sehingga dia memperlakukan aku begitu?
salahkah aku menjadi seorang anak yang ingin memikul tanggungjawab ku??
salahkah aku menjadi diriku sendiri..
kau letakkan aku di tengah-tengah persimpangan dan kau letakkan segala kesalahan di bahuku....

Dear Diary,

Aku terpaksa memendamkan segala keperihan ini bersendirian..
aku juga tidak mampu mengubah segala kecelaruan
setiap hari ku tangisi..pedih melingkari setiap penjuru hati...

Monday, June 14, 2010

Dear Diary....(part 1)

Dear Diary,

Hari demi hari aku rasakan betapa kerdil nya diriku ini..
aku x dapat membahagiakan seluruh ahli keluarga ku..
aku di himpit dgn rasa penyesalan yang x sudah..

Dear Diary,

Sekian lama aku tidak mencoretkan kata-kata..
ku pendamkan segala duka di dalam hati yang sudah pun hancur dan berdarah..
begitu hina diriku di pandangan mata mereka..
apakah salah ku hingga di perlakukan begitu??

Dear Diary,

Hanya kaulah teman rapat ku..
tempat untuk ku meluah kan isi hati ku..
betapa gembiranya aku...sedihnya aku..
hanya engkau yang tahu..

P/S: aku terlalu sayangkan mereka mereka ini..berilah aku kesempatan untuk merasai kasih sayang mereka..

Dengarkan lah... (Luahan 2)

Dengarkan lah..
Rintihan hati nurani...
Memekik jauh di sudut paling dalam..
merayu untuk dilepaskan dari segala penderitaan...

Dengarkan lah..
Hati ini menagih rasa kasih..
Dari insan-insan sekeliling..
Untuk diriku walau hanya secebis..

Dengarkan lah..
Ku laungkan seribu rasa syukur...
Kerna masih di berikan waktu..
Untuk menyedari bahawa aku masih di sayangi..
Terima kasih hadiah ikhlas dari hati ku..

Dengarkan lah...
Andai masa ku hanya sampai di sini..
Aku cukup bahagia mempunyai KAMU..
Hingga ke akhir nafasku..
Hanya KAMU...KAMU...dan KAMU....

Luahan....(1)

Kehidupan yang penuh kepura-puraan..
Bukan untuk meminta simpati
Cuma aku tidak dapat meyakinkan diri
Bertapa aku amat menyayangi....
Biarpun aku terpaksa menahan segala kepedihan..
Tetap kugagahkan,biarkan ianya berdarah bernanah..

Kekecewaan yang aku alami..
Tidak dapat aku luahkan dengan kata-kata..
Biarkan ianya tetap menjadi rahsia..
Kepedihan ini hanya mampu kuluahkan dalam hati..
Menangis sendiri memehuhi keinginan...
Mencari dan mencari jawapan yang belum pasti arah tujuan..

Aku di buang jauh dari ikatan..
Tanpa sebarang sebab..menjadi kebencian dan penghinaan
Apakah salah dan dosa ku??
Sehinggakan aku di perlakukan sebegitu...

Friday, June 11, 2010

Hati

Kala hati di hujani seribu kepedihan..
Dapatkah aku tanggungi jiwa nan lara..
Tak mampu aku luahkan...
Membuatkan ianya terbakar..
Memamah setiap anggota..
Meruntuh segala kudrat yang ada..
Hati,
Tiap kali terdetik aku pasti merana..
Menahan segala rasa yang pasti buat ku sengsara..
Pada siapa harus ku luahkan??
Tiada siapa yang mampu mengerti..
setiap sudut kecil hati ini...
Hati,
Hanya dengan mu mampu ku pendam..
Tidak tergamak ku melihat kesedihan,kepedihan di wajahnya..
Tidak mampu ku biarkan jiwanya melara...
Sedangkan hati ini lebih kecewa...
Hati,
Hanya Tuhan mu yang Maha Mengerti...
Setiap jengkal kesakitan yang kau lalui...
Aku hanya redha,pasrah dengan segalanya...
Demi menjaga hati...Biarlah ku harungi sendiri...





babyeyqa83