Friday, September 23, 2011

Tinta Terakhir...

Tamparan angin di pipi
mewakili keresahan di hati mencuit nurani
perlahan titisan panas terasa
hangatnya mutiara mata...

Kehilangan yang dirasai
bagaikan tiada kesannya lagi pada diri
aku redhakan semua,pengubat jiwa yang lara
biarlah aku berserah padaNYA...

Dengan tinta terakhir ini..
bebaslah wahai hati
carilah bahagia mu sendiri
agar kau tiada derita lagi..

Pergilah jiwaku,pergilah rinduku..
bawalah bersama segala kesedihanku
kerna aku tiada lagi mampu
merawat segala kepedihan yang menghimpit hidupku...

Tinta ini hanya setitik darahku..
sampai penghujungnya,tiada lagi madah nan resah
biarkan ia menitik laju hingga penghabisan
kerana berakhirlah jua segala yang tersimpan...

No comments:

Post a Comment